Lapan rumah di depan Istana Kota Lama hangus terbakar

Sinar Harian
November 17, 2021 09:46 MYT
Kebakaran yang berlaku awal pagi Rabu melibatkan lapan buah rumah di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. - Foto ihsan pembaca
KOTA BHARU: Sebanyak lapan buah rumah di depan Istana Kota Lama di Jalan Sultanah Zainab, di sini hangus lebih 80 peratus dalam satu kebakaran yang berlaku jam 2.56 pagi Selasa.
Pegawai Bahagian Operasi, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Abu Hassan Mohd Nawi berkata, pihaknya menggerakkan anggota dari lima balai bagi memadam kebakaran berkenaan melibatkan Balai Bomba Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Tunjung, Pasir Tumbuh dan Pengkalan Kubor.
"Kami tiba di lokasi jam 3.11 pagi dan api berjaya dikawal pada 3.48 pagi.
"Maklumat awal mendapati tiada mangsa yang terlibat dan operasi pemadaman secara 'overhaul' dilakukan sehingga jam 5.11 pagi," katanya.
Pihak bomba menggunakan tiga unit Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit LFRT, satu unit Aerial Ladder Platform (ALP), satu EMRS dan dua tanker untuk membantu memadam kebakaran berkenaan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#bomba #rumah #terbakar #mangsa
;