Sekumpulan pendaki terdiri tiga lelaki dan lima wanita ditemui selamat selepas dipercayai terperangkap di Gunung Irau, petang semalam.

Kesemua pendaki ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.14 malam tadi.

Sebelum ini, 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut, petang semalam.

Kumpulan pendaki terbabit dipercayai menghadapi masalah untuk mencari jalan turun dari gunung tersebut.