Lapan nelayan Indonesia hilang di perairan Tambisan
Bernama
Januari 17, 2020 23:14 MYT
Januari 17, 2020 23:14 MYT
Lapan nelayan dipercayai hilang di perairan Tambisan, Tungku dekat sini, hari ini.
Menurut sumber, sebuah kapal nelayan yang berdaftar di Sandakan ditemui tanpa anak kapal di perairan Tangusu Bay pada 12.40 tengah hari ini.
Difahamkan lokasi kapal itu ditemui berhampiran dengan lokasi kejadian culik yang berlaku sebelum ini.
Dalam pada itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung insiden itu.
-- BERNAMA