Lapan lagi suspek pengganas Sulu dituduh di mahkamah
Aizat Sharif
April 1, 2013 18:22 MYT
April 1, 2013 18:22 MYT
Lapan lagi suspek pengganas Sulu dituduh di mahkamah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah dihadapkan ke mahkamah adalah 16 orang.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengatakan kelapan-lapan suspek itu telah dituduh dibawah Seksyen 121 dan 130 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA).
Mereka akan dibawa ke mahkamah tinggi untuk perbicaraan selanjutnya.
Selain itu juga, Hamzah menyatakan bahawa Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman yang telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 11.05 pagi ini akan ditahan untuk siasatan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA).
“Di bawah undang-undang tersebut, kita berhak menahannya selama 29 hari untuk membantu siasatan,” kata Hamza.
Sehingga kini seramai 127 pengganas Sulu dan individu yang berkaitan dengan aktiviti pengganas telah di tahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) sementara 327 yang lainnya masih ditahan atas lain-lain kesalahan.
Selain itu, tiga dari empat buah pusat pemindahan di Felda Sahabat telah ditutup dan mangsa-mangsa pemindahan kini telah kembali ke rumah masing-masing di beberapa buah kampung yang terlibat.
“Namun, hanya Pusat Pemindahan Embara Budi yang masih lagi dibuka kerana terdapat beberapa penduduk kampung yang tidak dapat kembali ke rumah mereka disebabkan mengalami kemusnahan dan kita membenarkan mereka tinggal di pusat pemindahan itu,” katanya lagi.
Klik video untuk sidang media penuh.