Cubaan seorang lelaki menyeludup kira-kira lapan kilogram dadah jenis syabu bernilai RM570,000 yang disorokkan di dalam paket teh hijau jenama Guanyinwang di dalam sebuah bagasi berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 11.30 malam Ahad, suspek terbabit bagaimanapun berjaya meloloskan diri sebaik sahaja menyedari bagasinya ditahan oleh sepasukan pegawai JKDM yang bertugas di kawasan mesin pengimbas bagasi di lapangan terbang berkenaan.
Pengarah JKDM Sabah, Datuk Hamzah Sundang berkata, suspek yang baharu sahaja tiba ke negeri ini menerusi penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur dan meletakkan bagasinya ke mesin pengimbas sebelum berlalu keluar daripada pekarangan balai ketibaan di lokasi berkenaan.
Jelasnya, pegawai kastam yang bertugas kemudiannya berjaya mengesan satu objek mencurigakan dan suspek kemudiannya bertindak melarikan diri menuju ke kawasan tempat letak kereta di KKIA.
“Siasatan mendapati dadah itu dianggarkan seberat kira-kira lapan kilogram dengan nilai lebih kurang dalam RM570,000," katanya dalam sidang akhbar di Wisma Kastam Kota Kinabalu, hari ini.
Mengulas lanjut, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk menggunakan kaedah pengimbas wajah atau MANIFACE bagi mengesan lelaki terlibat.
Tambahnya, siasatan awal mendapati suspek menggunakan taktik menyorokkan beberapa paket teh hijau yang disembunyikan disebalik helaian pakaian dan selimut dalam bagasi dibawa lelaki itu bagi mengelak kegiatan haramnya dihidu oleh pihak berkuasa.
“Beliau adalah bukan warganegara Malaysia berusia 35 tahun tetapi memiliki kad pengenalan merah yang berstatus bermaustautin tetap,” katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Ruzaini Zulkepli
Wed Feb 28 2018
Pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk menggunakan kaedah pengimbas wajah atau MANIFACE bagi mengesan lelaki terlibat. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan.
Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.