IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu sebanyak lapan kesan tompokan disyaki air mani ditemukan pada sarung tilam di rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong yang didakwa merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia.
Pegawai siasatan tempat kejadian Inspektor V. Simon, 38, dari Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi.
"Ada jumpa juga empat helai rambut pada tilam," kata saksi pendakwaan ke-14 itu semasa ditunjukkan barang kes bagi tujuan pengecaman.
Beliau berkata antara barang kes lain yang diambil dari tempat kejadian ialah mop, seluar dalam lelaki warna kelabu, pakaian, seluar pendek warna biru, seluar dalam warna merah jambu dan baju dalam warna biru.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed yang mendengar perbicaraan kes itu kemudian menangguhkan prosiding hari ini dan saksi tersebut akan menyambung keterangannya esok.
Yong, 51, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di kediamannya di Meru Desa Park di sini antara 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.
Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen namun pada 15 Dis 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
ADUN Tronoh itu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.
Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan Chor Pei Sun, 47, kakitangan Bahagian Pemasaran Jualan di agensi pembantu rumah yang menguruskan pekerjaan mangsa yang menyatakan syarikat tersebut pernah menerima panggilan daripada majikan berhubung isu pemeriksaan kesihatan warga Indonesia itu sebelum kejadian.
"Saya pernah terima panggilan daripada majikan iaitu Puan Yong sebelum kes ini yang tanya mengenai pemeriksaan kesihatan dia (mangsa) ada masalah atau tidak," kata saksi pendakwaan ke-11 itu ketika disoal peguam Salim Bashir.
Chor bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Salim bahawa isteri Yong telah menghubunginya untuk mengetahui sama ada mangsa mempunyai isu mental sebelum dibawa ke negara ini.
Saksi itu juga berkata dia hanya sekali menerima panggilan daripada majikan mangsa iaitu berkaitan pemeriksaan kesihatannya sama ada diluluskan atau tidak oleh Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema).
Pada prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar keterangan tiga lagi saksi iaitu Kwan Mei Yee, 46, kerani agensi pembantu rumah yang menjawab panggilan daripada pihak Kedutaan Besar Indonesia yang memaklumkan mengenai aduan mangsa pada 8 Julai 2019.
Dua lagi ialah pengarah agensi pembantu rumah itu Hong Ngin Sin dan pemandu syarikat tersebut, Tan Cheoh Teong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021

Mahkamah Tinggi diberitahu sebanyak lapan kesan tompokan disyaki air mani ditemukan pada sarung tilam di rumah ADUN Tronoh Paul Yong yang didakwa merogol pembantu rumahnya. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.

Kes rogol amah: Pendengaran rayuan akhir Paul Yong 23 Okt ini
Mahkamah Persekutuan menetapkan 23 Okt depan untuk mendengar rayuan akhir bekas ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah kes rogol.

Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong kekal bersalah rogol amah
Mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan mengekalkan hukuman dua sebatan.

PBM bincang kedudukan Paul Yong pada Jumaat
PBM akan memperhalusi kedudukan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, susulan sabitan salah merogol pembantu rumah.

Bersalah rogol pembantu rumah, Paul Yong dihukum penjara 13 tahun, dua sebatan
Hakim mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Nasib Paul Yong diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed dijadualkan menyampaikan keputusan di akhir kes pembelaan pada jam 10 pagi.

29 Jun tarikh keputusan kes dakwaan rogol pembantu rumah Paul Yong
Sama ada Paul Yong Choo Keong didapati bersalah atau dibebaskan atas tuduhan merogol pembantu rumahnya.

Paul Yong dakwa wujud muslihat politik
ADUN Tronoh, Paul Yong turut mendakwa, terdapat juga usaha untuk menjatuhkan seorang lagi Exco yang dikaitkan dengan kes rasuah.

Keputusan kes Paul Yong didakwa rogol pembantu rumah diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed dijadualkan menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 10 pagi.

Keputusan kes ADUN Tronoh didakwa rogol pembantu rumah 7 Disember
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada akhir kes pendakwaan.