Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga

Astro Awani
Julai 26, 2024 02:30 MYT
Cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lapan kawasan di Semenanjung merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga pada pagi Jumaat.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan bahawa setakat jam 6 pagi tadi, kawasan yang mencatat cuaca panas Tahap 1 meliputi Larut dan Matang di Perak, Gombak di Selangor dan Kuala Krai di Kelantan.
Menurut kenyataan, Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin di Pahang turut merekodkan keadaan cuaca sama.
Cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk laman sesawang MET di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.//.
#Kuala Krai #MetMalaysia #panas berjaga-jaga #cuaca panas