Lapan individu warga Thailand ditahan salah guna pas lawatan
Bernama
Mei 15, 2019 23:49 MYT
Mei 15, 2019 23:49 MYT
Jabatan Imigresen Perlis memberkas lapan warga Thailand dalam Op Bersepadu Jaja (Op Jaja) di Bazar Ramadan di Arau dan di Bintong.
Pengarahnya, Basri Othman berkata operasi bermula lima petang sehingga 7 petang tadi melibatkan 20 pegawai dan anggota.
"Enam lelaki dan dua wanita daripada 35 individu yang diperika dalam operasi itu ditahan kerana menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial," kata Basri kepada media selepas mengadakan Op Jaja di Bazar Ramadan Arau di sini, hari ini.
Menurut Basri, kesemua yang ditahan berumur 28 hingga 35 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1958/63 kerana menyalahgunakan pas lawatan dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana gagal mengemukan dokumen pengenalan yang sah.
Kesemua warga Thailand itu ditahan selama 14 hari di lokap Jabatan Imigresen Perlis di sini untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
#Bazar Ramadan Arau
#Jabatan Imigresen Perlis
#lapan warga Thailand
#Op Bersepadu Jaja
#Op Jaja
#Pas Lawatan Sosial
#Peraturan-Peraturan Imigresen 1963
#salah guna pas lawatan