Lapan gerai di Pasar Sentul musnah dalam kebakaran

Afiezy Azaman
Disember 31, 2019 23:14 MYT
Keadaan api yang marak dan memusnahkan premis jualan di Pasar Sentul. - JBPM
Sebanyak lapan buah gerai musnah dalam kebakaran di Pasar Sentul, ibu negara, pada Selasa.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam.
"Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Hang Tuah, Sri Hartamas, Gombak Selatan dan Titiwangsa digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, anggota mendapati kebakaran melibatkan deretan lapan buah gerai yang berada di dalam pasar dengan keluasan kebakaran 2,000 kaki persegi," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Sebanyak lapan buah gerai musnah dalam kebakaran di Pasar Sentul, ibu negara, pada Selasa. @501Awani Lanjut di https://t.co/X17IZG9DI0 Gambar: JBPM KL pic.twitter.com/uubNrdd8zv

— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 31, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengulas lanjut, kenyataan itu menyatakan api dapat di padamkan sepenuhnya pada 10.24 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Unit siasatan kebakaran berada di lokasi bagi mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian," jelasnya.
#JBPM #kebakaran #Pasar Sentul #pusat gerakan operasi
;