Lapan cedera kemalangan dua kenderaan di Sik
Adie Sufian Zulkefli
November 26, 2019 20:49 MYT
November 26, 2019 20:49 MYT
Lapan indvidu cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Raya Batu Besar, Sik, Kedah.
Dalam kejadian jam 2.40 petang tadi, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki enam orang termasuk pemandu bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki dua orang.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Razak Osman berkata, siasatan awal mendapati kenderaan MPV yang dipandu Aseni Husin, 63, dari Felda Chini, Pahang dari arah Parit Panjang manakala kereta Perodua Myvi yang dipandu Zakaria Yusuf, 32, pula dari Parit Panjang menghala ke Batu Lima.
Beliau berkata, setibanya di selekoh di lokasi kejadian, kenderaan MPV terbabit dipercayai masuk ke laluan Perodua Myvi berkenaan menyebabkan berlaku pertembungan di tempat kejadian .
Kedua-dua pemandu cedera dan dirawat di Hospital Sik.
Penumpang kenderaan MPV seramai enam orang manakala seorang penumpang Perodua Myvi juga mendapat cedera dan dirawat di Hospital Sik.
Razak berkata, kesemua mangsa dalam keadaan stabil.
Sementara itu, Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, pihaknya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik tiba di lokasi untuk membantu menyelamatkan mangsa.
#Aseni Husin
#Felda Chini
#Hospital Sik
#Jalan Raya Batu Besar
#kenderaan pelbagai guna
#MPV
#Parit Panjang
#Perodua Myvi
#Polis Daerah Sik
#Zakaria Yusuf