KUALA LUMPUR:Penangguhan bayaran balik pinjaman ditawarkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), akan memanfaatkan 262,000 Sahabat AIM di seluruh negara berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga Disember depan.
Pengerusi Lembaga AIM Datuk Seri Lajim Ukin berkata penangguhan itu berkuatkuasa serta merta, bagi tempoh lima minggu bermula 9 Nov sehingga 6 Dis 2020, dengan proses penangguhan bayaran sebanyak tiga kali dan moratorium tambahan maksimum selama satu tahun.
Menurutnya, penangguhan itu memberi kesan langsung kerugian membabitkan RM17.7 juta kepada AIM.
“Sepanjang PKPB, keputusan moratorium ini membabitkan penangguhan bayaran balik pinjaman berjumlah RM164 juta sehingga tamat PKPB pada Disember ini.
“Penangguhan bayaran secara automatik ini juga sebagai kemudahan kepada Sahabat AIM yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 dan dibuka sepanjang tahun ini sehingga 2021,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata penangguhan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif AIM bagi membantu Sahabat, selain memastikan kelangsungan perniagaan mereka sepanjang tempoh PKPB.
Katanya, permohonan menangguh bayaran balik bagi kali pertama dan kedua tidak akan menjejaskan had pinjaman Sahabat AIM, selain tiada caj faedah dikenakan terhadap penangguhan bayaran balik.
KUIZ BELANJAWAN 2021: Apa anda dapat dalam Belanjawan kali ini?
Bagi memudahkan operasi pengendalian perkhidmatan di 92 cawangan AIM seluruh negara, Lajim berkata kesemua pegawai akan bekerja secara dua sesi.
“Sepanjang tempoh PKPB, operasi pejabat berjalan seperti biasa namun dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang bagi memastikan penjarakan sosial dapat diamalkan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Lajim berkata sehingga kini AIM telah mengagihkan sebanyak 1,500 Bakul Kasih AIM di Sabah, dan bantuan akan memperluaskan ke seluruh negara bagi membantu meringankan beban golongan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 10 2020

Lajim berkata, penangguhan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif AIM bagi membantu Sahabat, selain memastikan kelangsungan perniagaan mereka sepanjang tempoh PKPB. - Gambar fail
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

AIM catat pencapaian membanggakan, wajar dicontohi agensi KUSKOP
AIM juga berjaya mencatat peratus bayaran balik pinjaman yang terbaik iaitu pada kadar 99.91 peratus.

Kerajaan rangka program besar, lebih baik bagi mengurangkan tekanan hidup rakyat - PM Anwar
Kerajaan sedang merangka untuk melaksanakan program yang besar dan lebih baik bagi mengurangkan tekanan hidup rakyat dalam Belanjawan MADANI kedua pada Oktober nanti.

Jasa, sumbangan Anwar bantu Amanah Ikhtiar Malaysia tidak pernah dilupakan
Syed Hussian berkata, Anwar menjadi antara individu terawal yang banyak membantu AIM ketika ia "mula-mula bertatih".

Anwar umum peruntukan RM10 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia
Ia merupakan peruntukan awal untuk AIM sebelum tumpuan lebih khusus kepada agensi itu diberikan dalam Belanjawan MADANI 2024.

Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM
AIM dan Perkeso memeterai MoU bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

AIM ungguli anugerah transaksi MyDebit tertinggi sektor kerajaan
Ia sempena Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran (MEEA 2022) yang diadakan di ibu kota petang tadi.

Majlis korban pertama AIM di luar Kuala Lumpur
Buat pertama kalinya, Majlis Korban Perdana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) diadakan di luar Kuala Lumpur.

Banjir Baling: AIM serahkan bantuan, laksana moratorium bersasar enam bulan
Selain bantuan barangan dan kerja-kerja pembersihan, AIM memberikan moratorium bersasar selama enam bulan kepada Sahabat yang terjejas banjir.

AIM terima pengiktirafan antarabangsa Institusi Mikrokredit Terbaik
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merangkul anugerah sebagai Institusi Mikrokredit (Islamik) Terbaik bagi tahun 2020 dan 2021.

Dewan Rakyat: AIM tidak pernah dikorporatkan - Noh Omar
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menegaskan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) tidak pernah dikorporatkan.