Langkah berjimat, lucutkan hak kerabat diraja Sweden
Agensi
Oktober 10, 2019 15:45 MYT
Oktober 10, 2019 15:45 MYT
RAJA Carl XVI Gustaf mengambil langkah mengurangkan beban perbelanjaan Sweden dengan menggugurkan status kerabat lima cucu diraja termuda berumur satu hingga lima tahun.
Keputusan itu diumumkan pada Selasa bermakna kelima-lima cucu termuda Raja Carl Gustav tidak lagi bergelar Yang Teramat Mulia, tidak perlu melakukan tugasan rasmi dan tidak ditanggung perbelanjaan melalui perbendaharaan negara.
Tindakan diambil sejajar dengan usaha parlimen Sweden – Riksdag tahun lalu yang melancarkan semakan dan siasatan bagaimana mengawal perbelanjaan keluarga diraja Sweden.
Secara umum, kerabat di raja Sweden yang kin berjumlah 10 orang masih popular dan disanjung tinggi oleh rakyat jelata.
Kelima-lima cucu Raja Carl XVI Gustav adalah anak kepada Putera Carl Philip dan adiknya Puteri Madeline.
Mereka kini bebas menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa tanpa sebarang hak warisan takhta Istana Sweden.
Kesemua mereka tidak lagi layak menggunakan gelaran Yang Maha Mulia (His/Her Royal Highness) namun tetap kekal dalam golongan kerabat melalui pertalian darah dengan keluarga diraja Sweden.