Langgar SOP: Polis akan panggil wakil rakyat, individu berkumpul makan durian
Bernama
Jun 29, 2021 18:09 MYT
Jun 29, 2021 18:09 MYT
BATU PAHAT: Polis akan memanggil wakil rakyat dan individu yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) fasa satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berdasarkan satu video yang tular baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata mereka akan dipanggil bagi membantu siasatan menurut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, selepas pihaknya menerima laporan polis berhubung perkara tersebut.
"Pihak polis juga memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Video berdurasi 13 saat itu memaparkan seorang wakil rakyat dan sekumpulan individu berkumpul dan dipercayai memakan durian di sebuah kebun di sini.
-- BERNAMA
#wakil rakyat
#langgar SOP
#video tular
#makan durian
#Polis Daerah Batu Pahat
#Pelan Pemulihan Negara