Langgar kuarantin terus ke mahkamah, ini lima fokus utama sidang akhbar Ismail Sabri

Firdaus Azil
Ogos 13, 2020 07:24 MYT
Jika ada individu yang sengaja melanggar kuarantin, tidak lagi dikenakan kompaun, tetapi akan terus dihadapkan ke mahkamah, kata Ismail Sabri. - Gambar BERNAMA
Sekiranya ada individu yang sengaja melanggar kuarantin, mereka tidak lagi dikenakan kompaun, tetapi akan terus dihadapkan ke mahkamah.
Itu antara kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di lobi Parlimen hari ini.
Berikut merupakan lima perkara penting dari sidang media tersebut:
1) Task Force Operasi Pematuhan telah membuat 67,090 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
2) Seramai 184 individu ditahan atas kesalahan ingkar PKPP, 49 daripada mereka direman, manakala baki 135 lagi dikenakan kompaun.
3) Sebanyak 77 sekatan jalan raya dilakukan melalui Operasi Benteng di seluruh negara bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), 14 warga asing atas kesalahan imigresen.
4) Seramai 10,173 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 59 Hotel dan 5 Institut Latihan Awam (ILA). 44 daripada mereka telah dibawa ke hospital untuk rawatan.
4) Individu yang sengaja ingkar arahan kuarantin wajib tidak akan lagi dikompaun, sebaliknya akan terus dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
5) Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 697 premis perniagaan dan didapati mencukupi.
#Imigresen #ismail sabri yaakob #lima perkara penting #mahkamah #operasi #Parlimen #perintah kawalan pergerakan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP #warga asing