Langgar belakang kereta dan samun, empat ditahan di Klang

Afiezy Azaman
April 19, 2021 09:16 MYT
Suspek bertindak memecahkan cermin kereta dan menarik mangsa keluar dari kenderaan lalu bertindak memukul mangsa menggunakan kayu. - Foto media sosial
KLANG: Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun sehingga mendatangkan kecederaan di Taman Sentosa, Klang, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli, kejadian dipercayai berlaku pada 4.40 petang melibatkan dua mangsa.
"Siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa bersama sepupunya dilanggar dari belakang oleh kereta dinaiki empat suspek.
"Suspek telah bertindak memecahkan cermin kereta dan menarik mangsa keluar dari kenderaan lalu bertindak memukul mangsa menggunakan kayu.
"Suspek turut merampas telefon bimbit milik sepupu mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jenayah | Empat lelaki langgar kereta, samun ditahan polis
Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata, kesemua suspek telah berjaya ditahan dan kesemua mereka didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan," jelasnya.
#suspek #langgar dari belakang #samun #siasatan #kereta #mangsa #Dadah #polis #Klang #pecah cermin kereta #kayu #Telefon bimbit #Shamsul Amar Ramli
;