KUALA LUMPUR: Sebuah kereta mewah Lamborghini dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun hilang kawalan lalu merempuh sebuah Proton Perdana sehingga terbalik di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang pagi Rabu.
Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, sekurang-kurangnya tiga lagi kenderaan lain turut terlibat.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh memaklumkan, kesemua pemandu kenderaan yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
"Siasatan awal mendapati, kereta mewah tersebut menghala ke Bulatan Pahang dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Lelaki terbabit gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kereta jenis Proton Perdana yang dipandu seorang wanita berusia 53 tahun sekali gus menyebabkan kenderaan itu terbalik.
"Kenderaan mangsa kemudiannya telah melanggar beberapa kenderaan lain yang berada di hadapannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, keputusan ujian saringan air kencing serta alkohol terhadap pemandu Lamborghini tersebut negatif dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Wed Sep 08 2021

Siasatan awal mendapati, kereta mewah tersebut menghala ke Bulatan Pahang dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Gambar/ JSPTKL
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Pemandu Lamborghini maut terbakar di Lebuhraya Karak
Seorang lelaki maut selepas kereta mewah Lamborghini yang dipandunya terbakar di KM 57.1 Lebuhraya Karak Arah Timur di sini pada Ahad.

Datuk didakwa pandu Lamborghini secara merbahaya
Seorang pemandu Lamborghini bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu secara merbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru, hujung bulan lalu.

Polis sita Lamborghini, buka kertas siasatan memandu secara berbahaya di SDE
Polis menyita lima kereta mewah jenis Lamborghini dan membuka kertas siasatan terhadap lima individu yang dipercayai memandu kereta berkenaan secara melulu dan berbahaya di SDE, Sabtu lepas.

Lima pemandu Lamborghini dibebaskan dengan jaminan polis
Lima pemandu kereta mewah yang dikesan menandu secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru baru-baru ini telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Polis akan panggil lima pemandu Lamborghini
Polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua lima pemandu kereta mewah jenis Lamborghini yang dikesan memandu secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru baru-baru ini.

Budak 5 tahun maut dilanggar Lamborghini dipandu YouTuber
SUV mewah itu dipandu seorang lelaki dan empat rakannya yang sedang merakam kandungan untuk dimuat naik ke media sosial.

Banjir: Lamborghini derma lebih AS$1 juta kepada wilayah Emilia-Romagna di Itali
Pembuat kereta itu juga mengumumkan pembatalan Acara Giro - sambutan ulang tahun ke-60 syarikat yang akan diadakan dari 24 hingga 28 Mei dari Rom ke Bologna.

Polis Itali hantar buah pinggang guna Lamborghini
Organ tersebut dihantar dari Padua di timur laut Itali ke hospital di Modena dan ibu kota Rom.

Pengawal peribadi didenda tampar wanita langgar Lamborghini majikan
Tindakan seorang pengawal peribadi menampar seorang wanita iaitu pemandu kereta pacuan empat roda yang terlibat dalam insiden tular melibatkan konvoi kereta mewah pada Mac lalu menerima padah.

Deruan enjin lebih 100 Lamborghini bakal gegar ibu kota 11 Jun ini
Acara yang bakal berlangsung itu juga akan turut meraikan mereka yang kurang bernasib baik.