Lambakan sampah ekoran perayaan Thaipusam

Khairul Wasiril Aswad
Januari 26, 2013 09:30 MYT
Sepanjang jalan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun HS Lee sehingga ke Batu Caves dipenuhi sampah sarap yang dibuang sewenang-wenangnya sewaktu menyertai sambutan perayaan Thaipusam.
Lawatan Astro Awani ke sekitar jalan utama di bandaraya menunjukkan lambakkan sampah memenuhi sisi jalan dan ruang pejalan kaki meskipun perarakan masih belum dimulakan di Jalan Tun Perak.
Menurut salah seorang pengunjung, Rohini Subramaniam, bahawa perkara seumpama ini bukan sesuatu yang baru terutamanya menjelang musim perayaan.
“Hampir setiap tahun saya lihat keadaan sebergini, orang ramai dengan sewenangnya
membuang sampah dan sisa makanan merata-rata. Ianya sangat menjijikkan,” kata Rohini.
Menurut Ravindran Chunnasamy, pihak yang sepatutnya bertanggujawab dan dipersalahkan adalah pihak berkuasa kerana dilihat tidak menjalankan tugas dengan berkesan.
“Saya sudah menyertai perayaan Thaipusam di sini lebih 12 tahun dan tidak sekali pun saya lihat Majlis Pembandaran menyediakan tong sampah di sepanjang Jalan di sekitar Batu Caves,” kata Ravindran.
Presiden Majlis Pembandaran Selangor, Mohd Azizi Mohd Zain berkata, plastik dan bekas styrofoam yang digunakan semasa perayaan tidak boleh dikitar semula manakala kos pembersihan bagi tahun lepas mengambil masa selama tiga hari yang menelan kos sebanyak RM80,000.
MPS peruntukkan Sebanyak RM158,000 bagi lima hari pembersihan untuk tahun ini.
Sementara itu, Majlis Pembandaran Selangor (MPS) akan memulakan kempen “Go green” bagi mengurangkan kos pengurusan sampah yang dialami setiap tahun.
#Batu Caves #MPS #perayaan #Thaipusam
;