SEOUL: Laman sesawang beberapa pertubuhan utama Korea Utara termasuk saluran media negara dan kementerian luar mengalami gangguan pada pagi Selasa atas sebab yang tidak diketahui, lapor Agensi Berita Yonhap.
Setakat 9 pagi, pautan ke nama domain Korea Utara yang berakhir dengan ".kp", seperti Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) dan akhbar utama Rodong Sinmun tidak dapat diakses.
Punca sebenar masalah itu belum dapat disahkan.
Pada Januari 2022, laman sesawang utama Korea Utara dilaporkan mengalami masalah yang sama yang disyaki disebabkan oleh serangan "penafian perkhidmatan" yang menyaksikan sambungan Internet Korea Utara terputus selama kira-kira enam jam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Setakat 9 pagi, pautan ke nama domain Korea Utara yang berakhir dengan ".kp", seperti Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) dan akhbar utama Rodong Sinmun tidak dapat diakses. - Gambar hiasan/ Reuters
Kemalangan jalan raya ragut 436 nyawa ketika musim perayaan tahun baharu di Thailand
Punca utama kemalangan adalah memandu laju dan memotong kenderaan di hadapan, manakala motosikal terlibat dalam kebanyakan insiden.
Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan
Penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan tentera dan awam Rusia boleh mengelakkan nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan akhir bulan lalu.
MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital
Inisiatif itu adalah langkah strategik untuk memastikan setiap premis di negeri itu dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.
[TERKINI] PM Kanada, Justin Trudeau letak jawatan sebagai Ketua Parti Liberal
Jelas pemimpin berusia 53 tahun itu, keputusan meletak jawatan dibuat selepas berbual panjang dengan keluarganya.
Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur
Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik yang tidak dikenali ke arah Laut Timur, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan.
Tumpuan Selasa – 7 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (6 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kapal China didakwa ceroboh kawasan perairan milik Filipina
Filipina mengerahkan aset udara dan laut tentera dan pengawal pantainya di zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan selepas kehadiran kapal dari China yang didakwa melakukan pencerobohan di zon tersebut.
New York perkenal tol, elak kesesakan berterusan
Langkah yang dibuat pada ahad ini seterusnya menjadikannya sebagai metropolis pertama di Amerika Syarikat yang mengenakan bayaran kepada pemandu di pusat bandar.
Washington suara hasrat realisasikan gencatan senjata segera
Washington menyatakan hasrat memastikan perjanjian gencatan senjata di Gaza dapat dimuktamadkan seterusnya membolehkan tebusan dibebaskan dalam tempoh dua minggu akan datang.
Laman web MITI tergendala, lebih 100,000 syarikat mohon beroperasi ketika tempoh PKP
Laman web rasmi MITI tergendala disebabkan jumlah pengunjung yang tinggi daripada lebih 100,000 syarikat.