Laman web rasmi PDRM ditutup sementara setelah cubaan godam

Bernama
Ogos 29, 2015 22:30 MYT
Menurut Bernama, laman web PDRM dapat diakses semula pada jam 9.34 malam.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan laman web rasminya tidak dapat diakses seketika bermula lewat petang tadi apabila ditutup disebabkan wujudnya cubaan menggodam.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM, Datin Asmawati Ahmad berkata laman web berkenaan ditutup sementara bagi proses baik pulih.
"Kita terpaksa tutup dulu untuk buat proses baik pulih dan mengukuhkan tembok api kami," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Sabtu.
Bernama menyedari laman web berkenaan tidak dapat diakses kira-kira 8.20 malam.
Bagaimanapun, semakan semula Bernama mendapati laman web berkenaan dapat diakses semula kira-kira 9.34 malam.
#godam #Laman web #PDRM
;