Laman web pemerhati PRU13 dilancarkan
Astro Awani
Februari 1, 2013 13:29 MYT
Februari 1, 2013 13:29 MYT
Laman web pemerhati Pilihan Raya Umum ke-13 akan dilancarkan sebagai permulaan kempen merekrut sukarelawan pemerhati.
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan memaklumkan pemerhati yang dilantik kelak akan ditempatkan di kawasan parlimen yang terpilih selain diberi latihan sewajarnya bagi memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan baik.