Laman web MITI tergendala, lebih 100,000 syarikat mohon beroperasi ketika tempoh PKP

Afiezy Azaman
April 13, 2020 04:57 MYT
Laman web MITI hanya menunjukkan perkataan ralat dan tidak dapat diakses berikutan menerima kunjungan yang tinggi daripada pengguna di dalam server.
Laman web rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tergendala berikutan
'server' menerima kunjungan yang tinggi daripada perniagaan tertentu yang dibenarkan untuk beroperasi pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Percubaan untuk memasuki laman web itu tidak berjaya dan hanya memaparkan mesej ralat dan pautan ke laman web MITI itu gagal dicapai.
Perkara itu disahkan melalui laman Twitter rasmi MITI yang membalas ciapan seorang pengguna Twitter.

Hi, due to heavy traffic, the MITI Portal shows temporarily inaccessible. More than 100k companies have applied so far in the system. Please keep trying and the server will direct when a slot is available. We sincerely apologize for the inconvenience caused. Thank you.

— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) April 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Hi, disebabkan trafik yang tinggi, Portal MITI menunjukkan tidak dapat diakses. Lebih daripada 100,000 syarikat telah memohon setakat ini di dalam sistem.
“Mohon untuk terus mencuba, server akan disambungkan apabila terdapat slot kosong. Kami memohon maaf atas perkara tersebut. Terima kasih,” kata kementerian berkenaan pada Isnin.
Rata-rata mereka yang cuba mengakses masuk ke dalam laman web MITI meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa menunggu lama untuk masuk ke dalam laman web tersebut.

oh really, I been trying this for the passed 3 hrs, since 901am and yet failed...is this all company link to gov or what....100k, or they are using different computer system... or they have and earlier window to register....come on....we cant even go to the next page

— Mel Abu Bakar (@mel_abu) April 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hello SO @afifbahardin the MITI site is still inaccessible. what are u guys doing? @azminali @hilmanidham @MITIMalaysia @lha_miti

— hafiz (@_hafiz) April 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor ekonomi tambahan untuk beroperasi secara berperingkat dalam tempoh PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April ini.
Bagaimanapun, kata beliau, perniagaan yang terpilih sahaja dibenarkan beroperasi di bawah garis panduan keselamatan dan penjagaan kesihatan yang ketat.
#Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri #Laman web #MITI #perintah kawalan pergerakan #Twitter