Laman web Imigresen ditutup sementara

Sinar Harian
April 4, 2023 07:13 MYT
Terdahulu laman sesawang Imigresen dipercayai digodam oleh pihak yang menggelarkan dirinya sebagai CaptainSmok3r.
PUTRAJAYA: Perkhidmatan laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Imigresen menerusi hantaran di laman Facebook jabatan itu pada Selasa.
"Sebarang pertanyaan sila hubungi Sistem Pertanyaan Online (SPO) https://eapp.imi.gov.my/.
"Segala kesulitan amat dikesali," tulis jabatan itu.
Terdahulu laman sesawang Imigresen dipercayai digodam oleh pihak yang menggelarkan dirinya sebagai CaptainSmok3r.
Tindakan itu menyebabkan pelayar tidak dapat mengakses masuk laman sesawang tersebut kerana terlalu lama untuk dimuat naik. -- Sinar Harian
#laman sesawang #Jabatan Imigresen Malaysia #ditutup sementara #digodam