Laluan masuk ke Parlimen tenang

Sinar Harian
Ogos 3, 2021 10:01 MYT
Laluan masuk ke bangunan Parlimen masih berada dalam keadaan tenang setakat jam 9 pagi. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Perkarangan laluan masuk ke bangunan Parlimen pada Selasa masih berada dalam keadaan tenang setakat jam 9 pagi.
Tinjauan Sinar Harian mendapati pihak polis hanya berkawal di laluan masuk berhampiran bangunan Parlimen.
Bagaimanapun tiada kawalan yang dilakukan pihak polis untuk laluan-laluan masuk ke Jalan Parlimen sebagaimana pada Isnin.
Kawasan sekitar laluan masuk ke Parlimen juga kembali menjadi tumpuan media seawal jam 8 pagi bagi menantikan sebarang perkembangan terkini berhubung situasi politik tanah air ketika ini.
Pada Selasa, Ahli-ahli Dewan Negara Pakatan Harapan (PH) dijangka hadir ke Parlimen meskipun Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula 3 hingga 5 Ogos telah ditangguhkan.
Barisan Ahli-ahli Dewan Negara tersebut dijangka hadir pada jam 9.30 pagi bagi bantahan terhadap penangguhan sidang yang dibuat.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Laluan masuk ke Parlimen tenang
#Parlimen #tenang #laluan masuk #polis #tiada kawalan #Dewan Negara #Dewan Rakyat
;