Laluan LPT1 Kuantan-KL ditutup lagi

Aira Abdul
Januari 4, 2021 09:54 MYT
Kawasan berkenaan dilimpahi air sedalam satu meter susulan hujan lebat. - Foto Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia
KUANTAN: Laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) Kuantan-Kuala Lumpur ditutup selepas dilimpahi air susulan hujan lebat berterusan.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Anih Berhad, Fazlyaton Hussein berkata laluan di Kilometer 84.6 hingga Kilometer 84.7 di Lanchang itu ditutup sepenuhnya mulai jam 11.30 Ahad malam.
"Kawasan berkenaan dilimpahi air sedalam satu meter susulan hujan lebat dan pengguna dinasihati untuk menangguhkan perjalanan.
"Pengguna dinasihati untuk mematuhi arahan petugas di lokasi," katanya.
VIDEO: MetMalaysia keluarkan amaran peringkat merah
Menurutnya, saranan alternatif ialah dengan keluar ke persimpangan Lanchang-Felda Lakum - Bkt Damar - Mempaga - Chinta Manis -Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.
"Ikuti laman rasmi media sosial Anih Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700," ujarnya.
BACA: Amaran cuaca bahaya di Terengganu, Pahang, Johor
#banjir #LPT1 #Kuantan #Lebuhraya Pantai Timur #hujan #Lanchang
;