Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memperkatakan tentang peri pentingnya untuk melakukan yang terbaik dalam memberi rawatan kepada pesakit dengan diiringi kekuatan doa yang penuh barakah.
Beliau berkata menjadi rutin buat dirinya untuk memulakan pembedahan dengan membaca 'Bismillah ir-Rahman ir-Rahim', kalimah bahasa Arab yang membawa maksud 'Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.'
Menulis di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, "Pengajaran penting di sini adalah memulakan pembedahan itu dengan bacaan doa dan perjelaskan kepada pesakit serta anggota keluarga tentang ciri-ciri pembedahan tersebut.
"Kita harus meyakinkan mereka bahawa kita akan melakukan yang terbaik dan meminta mereka agar turut sama berdoa, tanpa mengira apa bangsa atau agama mereka."
Beliau mengimbas kembali kes amat mencabar yang dikendalinya apabila beliau terpaksa mematahkan tulang sternum pesakit bagi membuang kanser tiroid folikular berulang yang mengakibatkan pesakit tersebut kehilangan darah lebih 15 liter.
Dr Noor Hisham berkata pakar bius bertugas ketika itu telah berputus asa dan beliau juga hampir menyerah kalah.
"Namun dengan izin Allah SWT, pesakit itu dibenarkan pulang ke rumah selepas seminggu kemudian," katanya.
"Selama bertahun-tahun bertugas sebagai pakar bedah, saya belajar satu perkara penting - kita boleh cuba untuk lakukan yang terbaik untuk menjalankan pembedahan tersebut, lebih-lebih lagi jika ia sangat sukar," katanya.
Catatan Facebook beliau itu dibuat berikutan terdapat kritikan terhadap juruterbang pesawat AirAsia X penerbangan D7237 yang dilaporkan meminta penumpang supaya berdoa ketika pesawat tersebut mengalami gegaran semasa dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur pada Ahad lepas.
Walaupun keadaan itu dikaitkan dengan isu teknikal enjin, pesawat tersebut berjaya patah balik dan mendarat dengan selamat di Perth.
Banyak pihak yang memuji tindakan juruterbang dan kru pesawat itu kerana begitu professional dalam menangani situasi tersebut serta memastikan keselamatan semua yang berada di dalam pesawat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2017

DR NOOR HISHAM: Pengajaran penting di sini adalah memulakan pembedahan itu dengan bacaan doa dan perjelaskan kepada pesakit serta anggota keluarga tentang ciri-ciri pembedahan tersebut.

Mangsa banjir di Beaufort, Membakut terima bantuan tunai RM1,300 - Hajiji
Setiap keluarga mangsa banjir di Beaufort dan Membakut menerima bantuan tunai kecemasan berjumlah RM1,300 daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah.
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
[TERKINI] SST kekal, kerajaan tidak bercadang kembalikan GST
Kerajaan belum berhasrat untuk mengembalikan semula GST buat masa ini.
[TERKINI] Tiada Penggantungan lesen terhadap Era FM - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM.

Nelayan terjatuh di perairan Pulau Tikus ditemukan meninggal dunia
Mayat ditemukan oleh pasukan CARILAMAT pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

Operasi Puspakom cawangan Wangsa Maju dilanjutkan hingga Jun 2026
Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk melanjutkan pengoperasian Puspakom cawangan Wangsa Maju hingga Jun tahun depan.

Lesen ERA FM tidak digantung - MCMC
MCMC membuat keputusan untuk tidak menggantung lesen, Maestra Broadcast Sdn Bhd iaitu pengendali stesen radio ERA FM.

Kerajaan berpuas hati kemajuan pembinaan lima kapal LCS - Khaled Nordin
Kapal LCS pertama dijangka diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, dengan kapal kedua diluncurkan pada Mei 2025.

Polis tembak mati penjenayah di Bukit Mertajam
Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di Bukit Mertajam, awal pagi tadi.
AWANI Ringkas: Insiden keselamatan siber tunjuk trend menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah tolak saman RM1.02 bilion Barakah terhadap Petronas
Petronas tidak bertanggungjawab terhadap pemegang lesennya dalam melaksanakan kuasanya untuk menggantung lesen di bawah PDA.

Ahmad Bashah tidak peduli serangan peribadi
Katanya pelbagai dakwaan terutama yang dibawa oleh pembangkang adalah tidak tepat kerana pembangkang hanya mahu mengelirukan rakyat dengan tuduhan yang direka-reka dan fitnah.

Tun M keliru peranan Barakah untuk rakyat Kedah - Shaiful
Barakah tidak ada kaitan dengan dakwaan usaha kerajaan negeri Kedah atau persekutuan yang memberi gula-gula kepada masyarakat susulan selepas lawatan pimpinan mana-mana ahli pembangkang.