KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan supaya ujian saringan COVID-19 dilakukan terhadap mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memastikan tiada kluster baharu berlaku.
Seri Paduka bertitah ujian itu membolehkan mereka yang didapati positif COVID-19 diasingkan daripada mangsa lain, selain semua pihak yang berada di PPS perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kesihatan memandangkan COVID-19 masih berlaku.
"Ini (ujian saringan) perlu dijadikan keutamaan kerana tak mahu PPS menjadi kluster. Sila ambil perhatian pada siapa yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya kerana perkara ini tidak boleh dikompromi," titah Al-Sultan Abdullah semasa menyantuni 225 mangsa banjir di PPS Wisma Belia di sini hari ini.
Turut berkenan berangkat menyantuni mangsa ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan dua anakanda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Terdahulu, keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah yang memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ke PPS itu disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
Seri Paduka juga menitahkan pihak terlibat dengan operasi banjir agar tidak leka melaksanakan tanggungjawab membantu mangsa banjir sama ada yang berada di PPS atau tidak.
"Untuk semua terutamanya yang berada di pedalaman, jika harus berpindah ikutlah arahan. Nasihatkan juga anak-anak jangan bermain air supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan simpati kepada mangsa banjir dan mengajak semua rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan situasi banjir dan cuaca buruk yang berlaku di Malaysia segera berakhir.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam taklimatnya kepada Seri Paduka berdua memaklumkan daerah itu mengalami hujan lebat melebihi 120 milimeter (mm) pada Jumaat lepas sebelum meningkat sehingga 203 mm pada Sabtu sehingga menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Purata hujan bagi tempoh 24 jam yang direkodkan di stesen telemetri hujan di Pulau Manis, Ulu Lepar dan Sungai Lembing telah melebihi jumlah purata hujan bulanan sebulan, selain menyebabkan lima sungai utama termasuk Sungai Lembing, Sungai Kuantan dan Sungai Belat melepasi paras bahaya.
Wan Mohd Zahari berkata setakat ini, sebanyak 43 PPS dibuka di Kuantan bagi menempatkan 13,642 mangsa daripada 351 keluarga dan operasi memindah dan menyelamat dilakukan 889 pegawai dan anggota pelbagai agensi seperti bomba, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan diketuai polis.
"Mangsa yang berada di PPS tidak akan dibenarkan terus balik ke rumah sebelum mereka disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021
Seri Paduka bertitah ujian itu membolehkan mereka yang didapati positif COVID-19 diasingkan daripada mangsa lain. - Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Banjir di Sabah semakin pulih, empat PPS ditutup
Banjir melanda Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli semakin pulih dengan semua empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sejak Ahad ditutup petang ini.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, dua lagi PPS dibuka
Situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 328 orang daripada 105 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.
Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air
Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan.
Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
PPS di Balai Raya Bukit Balai dibuka pada 11.30 malam tadi, menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.
Banjir: 37 orang dipindahkan di Membakut, Sabah
Sebanyak 37 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir di Membakut, setakat 8 malam ini.
Hujan lebat: Dua daerah di Perak dilanda banjir kilat
Banjir kilat itu turut menyebabkan beberapa buah rumah terjejas teruk dan dinaiki air.