KOTA KINABALU: Ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan perlu memastikan semua projek yang mendapat kelulusan bajet untuk Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilaksanakan segera bagi membolehkan rakyat mendapat manfaatnya.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, tiada lagi alasan kelewatan pelaksanaan sesuatu projek disebabkan situasi penularan COVID-19 seperti sebelum ini.
Menurutnya, kelewatan dalam melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan akan merugikan rakyat dan kerajaan, serta menafikan hak rakyat selain meningkatkan kos pelaksanaan.
"Semua projek hendaklah dilaksanakan segera khususnya projek-projek yang berbentuk 'touch points'. Semua agensi hendaklah cuba untuk memudahkan semua pelaksanaan projek yang telah diluluskan dan bukan sebaliknya,".
Katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah Bil.1/2022, pada Jumaat.
Hajiji berkata, aktiviti ekonomi perlu terus bergerak dan program atau projek pembangunan perlu dirancakkan, selain sistem pendidikan perlu terus berjalan.
Sehubungan itu katanya, semua pihak perlu menggandakan pemanduan, menggariskan pelan tindakan dan strategi mantap.
Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, terdapat beberapa penambahbaikan dalam strategi utama dan struktur Arahan No. 1, 2022.
"Antaranya ialah penubuhan semula Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, jawatankuasa bagi Kumpulan Sasar (focus group) Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri (FGN) juga dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kumpulan Sasar Kesejahteraan Rakyat Peringkat Daerah (FGD) yang dipengerusikan oleh pegawai-pegawai daerah," katanya lagi.
Beliau menyeru semua Jawatankuasa memainkan peranan dan fungsi sewajarnya dalam memastikan pelaksanaan mesyuarat mengikut ketetapan Arahan No. 1, 2022.
“Sekiranya terdapat masalah atau isu dalam pelaksanaan program atau projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah, maka ianya hendaklah dikemukakan ke peringkat seterusnya seperti yang ditetapkan dalam struktur arahan tersebut," tegasnya.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Mar 04 2022
![Laksanakan segera projek pembangunan, tiada lagi alasan lewat sebab COVID-19 - Hajiji Laksanakan segera projek pembangunan, tiada lagi alasan lewat sebab COVID-19 - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646385857_Hajijiprojek.jpg)
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Pelaksanaan pelan mobilisasi projek LCS belum capai tahap signifikan - PAC Pelaksanaan pelan mobilisasi projek LCS belum capai tahap signifikan - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699958654_kapalLCS.jpg)
Pelaksanaan pelan mobilisasi projek LCS belum capai tahap signifikan - PAC
PAC mendapati pelaksanaan pelan mobilisasi Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) TLDM belum mencapai tahap yang signifikan.
![Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP alami kelewatan 143 hari - Nik Nazmi Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP alami kelewatan 143 hari - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688290269_tapakprojek.jpg)
Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP alami kelewatan 143 hari - Nik Nazmi
Kelewatan itu antaranya disebabkan masalah berkaitan keperluan utiliti dan bahan binaan dan kekurangan pekerja mahir.
![KKM siasat kelewatan fasa dua Hospital Papar, tindakan susulan dalam masa terdekat - KJ KKM siasat kelewatan fasa dua Hospital Papar, tindakan susulan dalam masa terdekat - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630918480_KhairyJamaluddin.jpg)
KKM siasat kelewatan fasa dua Hospital Papar, tindakan susulan dalam masa terdekat - KJ
Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian berhubung kelewatan projek fasa dua Hospital Papar yang dijadualkan siap pada tahun lepas.
![Dr Subramaniam dedah ada lima hingga enam hospital 'sakit' Dr Subramaniam dedah ada lima hingga enam hospital 'sakit'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61505376623_Subramaniam.jpg)
Dr Subramaniam dedah ada lima hingga enam hospital 'sakit'
Hospital-hospital itu kini ada yang 'sedikit sakit' dan ada yang sangat 'sakit' dan sedang dalam proses 'rawatan'.