Lajim pemimpin berdedikasi sepanjang karier politik, sering kongsi nasihat - Hajiji

Astro Awani
Ogos 29, 2021 13:09 MYT
Allahyarham sentiasa berkongsi nasihat baik kepada parti selain menyumbang masa dan jasa. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia pagi Ahad.
Hajiji dalam kenyataan memaklumkan, Lajim merupakan pemimpin berdedikasi dan juga rakan baik serta banyak menyumbang kepada negeri serta negara sepanjang karier politiknya.
Menurutnya, sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Allahyarham sentiasa berkongsi nasihat baik kepada parti selain menyumbang masa dan jasa.
"Bagi pihak keluarga saya dan kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada Datin Seri Normila Siong atas kehilangan Lajim," katanya dalam kenyataan pada Ahad
BACA: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Lajim Ukin meninggal dunia akibat COVID-19
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin, yang ditidurkan akibat jangkitan COVID-19 sejak Selasa lalu meninggal dunia pagi tadi.
Pemergian Allahyarham Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu disahkan oleh isteri beliau, Datin Seri Normila Siong.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia sekitar jam 6.23 pagi tadi di Hospital KPJ, Kota Kinabalu.
Sumber Facebook yabhajiji
#Lajim Ukin meninggal dunia #Hajiji Noor #COVID-19 #pemimpin Sabah
;