Lagu Malaysia Madani dinyanyikan Bunkface untuk kali pertama

Irfan Faruqi
Mac 19, 2023 08:57 MYT
Lagu berdurasi sekitar 2 minit itu dinyanyikan di hadapan ribuan peserta dalam kalangan belia yang menyertai dialog tersebut. - FB Live Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kumpulan rock Bunkface mempersembahkan lagu rasmi Malaysia Madani dalam program dialog anak muda Temu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Lagu berdurasi sekitar 2 minit itu dinyanyikan di hadapan lebih kurang 8,000 peserta dalam kalangan belia yang menyertai dialog tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program Temu Anwar yang dikendalikan pelakon, Amelia Henderson.
Anwar dalam hantaran di Twitter mengajak orang ramai menghayati lagu Malaysia Madani agar dapat menyelami setiap nilai dalam gagasan tersebut.
"Dengan rentak kita satukan semangat rakyat. Dengan nada kita padukan seluruh suara.
"Dengarkan dan hayati lagu rasmi #MalaysiaMADANI penuh bertenaga dari Bunkface agar setiap nilai #MalaysiaMADANI subur dalam jiwa seluruh anak bangsa," katanya.

Dengan rentak kita satukan semangat rakyat. Dengan nada kita padukan seluruh suara. #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/8u0fDvRrIv

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) March 19, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Anwar Ibrahim #Malaysia Madani #Lagu #Bunkface