Lagi pelancong bogel di Sabah undang kemarahan netizen

Kohilah Sekaran
Oktober 22, 2015 08:21 MYT
Viral di media sosial baru-baru ini ialah, rakaman gambar bogel beberapa pelancong di sebuah pantai yang dipercayai Pulau Sibuan, di Semporna Sabah.
Viral di media sosial baru-baru ini ialah, rakaman gambar bogel beberapa pelancong di sebuah pantai yang dipercayai Pulau Sibuan, di Semporna Sabah.
Menerusi beberapa gambar viral di Facebook, beberapa lelaki yang didakwa dari negara China bergambar bogel di tepi pantai, manakala beberapa wanita dilihat berada dalam keadaan separuh bogel.
Ketua Polis Daerah Superintendan Peter anak Umbuas dipetik berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung rakaman gambar tersebut dan mereka sedang menyiasat kesahihan gambar tersebut kerana ada juga yang menyatakan ia telah dirakam di luar negara.
“Siasatan awal mendedahkan gambar-gambar itu telah diambil di antara 2013 hingga dua minggu lalu dan gambar tersebut dipercayai diambil sebagai kenangan peribadi sahaja," menurut Peter yang dipetik Bernama.
Difahamkan, polis juga akan mendapatkan kerjasama pihak Taman-Taman Sabah (TTS) serta Interpol bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit.
Sementara itu, perbuatan itu nyata mengundang kemarahan penduduk Semporna serta rakyat Malaysia.
Kebanyakan mereka mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang tegas jika ia benar dirakam di Pulau Sibuan.

Mohon @PDRMsia siasat dakwaan pelancong bogel di Pulau Sibuan, Semporna. Jika benar, kenakan hukuman sekerasnya pic.twitter.com/yDn7ENpvrb

— MyWatch (@My_CrimeWatch) October 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kes org bogel lg d Sibuan. Ban seja la tourists yg buat hal ni. Jgn kasi masuk Sabah lg. Hbs cerita.

— M45 (@azfrsyfq_) October 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tourist yang datang Sabah ni tak payah la nak bogel sangat oi, dekat Negara sendiri tak puas bogel lg ka, ingat kau baby! dah berbulu choii!

— Sal Juddin (@Sal_Deen) October 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Minta bantuan Interpol tangkap pelancong China bogel di Sabah? Memang tugas Interpol tangkap pesalah seks macam Alvin dan pelancong kanz.

— admtnmkrz (@ATMology) October 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kali ni di pantai Semporna. Setiap kali ke Sabah mesti bogel wahai pelancong? Apa kau fikir negeri kami ini toilet?

— K (@kayrulong) October 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#sabah https://t.co/5gFivnG9kB #bogel

— -phat- (@phatdotmy) October 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Datang sabah, hormat la negara org. Bukan mau bogel, wtf u all

— jesss(@_jwxss) October 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 30 Mei lalu, kira-kira 10 pelancong Eropah berbogel dan bergambar di puncak Gunung Kinabalu hingga menimbulkan kemarahan penduduk negeri ini.
Empat daripada mereka kemudian ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara tiga hari serta denda RM5000 setiap orang.
#bogel #media sosial #Semporna #viral