Lagi pegawai kanan Menteri Sumber Manusia ditahan SPRM

Bernama
April 14, 2023 19:48 MYT
Seorang lagi pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Seorang lagi pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Individu itu kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga Isnin depan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan itu.
Semalam, dilaporkan seorang pegawai kanan kepada Sivakumar ditahan SPRM dalam serbuan di Kementerian Sumber Manusia pagi semalam berkaitan isu pengambilan pekerja asing.
Sivakumar yang maklum berhubung penahanan pegawai tersebut dilaporkan berkata beliau dan Kementerian Sumber Manusia akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan.
-- BERNAMA
#pegawai kanan #Menteri Sumber Manusia V Sivakumar #ditahan SPRM #Kementerian Sumber Manusia
;