MEKAH: Sebuah lagi kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berjaya mendapat kerjasama Bank Alinma dan kelulusan Bank Negara Arab Saudi (SAMA) untuk beroperasi bagi ditempatkan di bangunan penginapan jemaah haji negara di Tanah Suci.
Mesin ATM Bank Alinma itu mula beroperasi di Land Premium Hotel, sekali gus memberi kemudahan kepada kira-kira 7,710 jemaah yang menginap di situ dan hotel berdekatan.
Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata, SAMA dan pihak bank di Arab Saudi sebelum ini tidak pernah memberi kebenaran untuk menempatkan mesin ATM di bangunan penginapan khusus bagi jemaah sesebuah negara.
Beliau berkata, kemudahan itu penting berikutan jemaah di Land Premium dan bangunan penginapan berhampiran terpaksa berjalan hampir satu kilometer untuk mendapatkan perkhidmatan mesin ATM di lokasi terdekat.
"Dalam permohonan dikemukakan sebelum ini, pihak TH menekankan bahawa kebanyakan jemaah adalah golongan sudah lanjut usia dan berdepan kesulitan untuk bergerak jauh mencari perkhidmatan mesin ATM.
"TH juga menjelaskan dari segi usaha untuk mengelak jemaah terlalu terdedah kepada cuaca panas terik apabila terpaksa berjalan jauh ke lokasi perkhidmatan mesin ATM yang terdekat," katanya berucap di majlis perasmian mesin ATM di Land Premium, Mekah, semalam.
Mesin ATM yang sedia ada ialah di ibu pejabat Lembaga Tabung Haji Mekah, Abraj Al-Jenadriyah, yang memberi manfaat kepada 7,528 orang jemaah. Begitu juga ATM yang terletak di Zon C di kawasan Hafaer, di mana ia akan beroperasi di Rehab Al-Janadriyah, memanfaatkan 3,116 jemaah.
Beliau turut sifatkan pencapaian berkenaan juga adalah hasil hubungan baik antara Malaysia dengan Bank Alinma, selain pihak SAMA memberi kelulusan selepas melihat peraturan, persediaan dan pengawalan oleh Malaysia adalah memuaskan.
Malah, Syed Saleh berkata, pihak TH dan Bank Islam sudah berunding serta mencapai persetujuan bersama bahawa jemaah haji tidak perlu membayar sebarang caj apabila membuat transaksi pengeluaran wang menggunakan mesin ATM itu, sebaliknya ia akan ditanggung oleh Bank Islam pada musim haji.
Dalam sidang media kemudiannya, beliau yang juga Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji berkata, pihak Lembaga Tabung Haji tidak bercadang untuk mewajibkan penggunaan kad debit ATM kepada jemaah yang akan menggunakan perkhidmatan di tiga mesin ATM yang ada.
"Kita tidak akan mewajibkan, sebaliknya kita menggalakkan penggunaannya, memandangkan banyak manfaat boleh dinikmati oleh jemaah jika memiliki kad dan menggunakan perkhidmatan mesin ATM ini.
"Jika ada kad ini, pengeluaran boleh dibuat sedikit-sedikit, boleh buat pengeluaran pada bila-bila masa dan paling penting tidak perlu jalan jauh untuk mengeluarkan wang. Ini sesuatu yang memudahkan warga emas dan jemaah yang kurang berdaya untuk berjalan jauh.
"Lebih penting sebenarnya, jemaah atau pengguna kad ini tidak perlu membayar sebarang caj setiap kali pengeluaran dibuat, tidak seperti kad-kad lain atau kad kredit," ujar beliau.
Kuota jemaah haji Malaysia tahun ini yang diberikan oleh Arab Saudi ialah sama seperti tahun lepas iaitu 31,600 orang di mana sebahagian besar daripada mereka sudah berada di Mekah untuk menumpukan kepada ibadat haji masing-masing.
Penerbangan akhir dari Kuala Lumpur memasuki Arab Saudi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa King AbdulAziz di Jeddah sebelum ke Mekah untuk operasi haji musim ini ialah pada 9 Jun ini.
Azlinariah Abdullah
Wed Jun 05 2024

Kemudahan itu penting berikutan jemaah di Land Premium dan bangunan penginapan berhampiran terpaksa berjalan hampir satu kilometer untuk mendapatkan perkhidmatan mesin ATM di lokasi terdekat. - Foto TH
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

PRN Sarawak: Penduduk rayu kemudahan mesin ATM
Sejak puluhan tahun lalu, penduduk setempat termasuk dari Kampung Banting perlu ke Sri Aman jika mahu menggunakan perkhidmatan perbankan itu.

Operasi mesin ATM kembali seperti waktu biasa bermula 1 Jun
Perubahan waktu operasi itu dibuat bagi memudahkan urusan orang ramai mengeluarkan wang di ATM.

Perompak bertopeng lesapkan RM1.14 juta dari pasaraya di Kuala Nerus
Sebuah pasaraya di Kuala Nerus dirompak tujuh penjenayah bertopeng yang memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti wang tunai membabitkan kerugian RM1.14 juta.