Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan

Fareez Azman
Julai 10, 2021 18:38 MYT
Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut dikongsi oleh orang ramai di media sosial.
KUALA LUMPUR: Selepas kenyataan media palsu yang mendakwa kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemuka keputusan untuk letak jawatan sebagai Perdana Menteri, satu lagi dakwaan tidak benar ditularkan di media sosial.
Kali ini kenyataan media palsu yang mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mengundurkan diri daripada menerajui parti itu.
Perkara itu dijelaskan oleh pegawai Ahmad Zahid kepada Astro AWANI.
"Kenyataan media yang ditularkan mengenai peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO itu adalah palsu," katanya ketika dihubungi.
BACA: Kenyataan media Muhyiddin buat keputusan letak jawatan adalah palsu - Pegawai PMO
Terdahulu, wartawan menerima kiriman kenyataan media itu menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa surat peletakan jawatan Presiden UMNO telah dihantar kepada ibu pejabat parti hari ini.
Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut dikongsi oleh orang ramai di media sosial.
#Ahmad Maslan #Zahid Hamidi #UMNO #Astro #letak jawatan #laman sosial #Tular #berita palsu #jawatan #Presiden UMNO #Semak Fakta #Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin
;