Lagi kawasan dikena PKP, ini tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Astro Awani
Mei 8, 2021 20:56 MYT
Ismail Sabri berkata, pergerakan rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran turut dikuat kuasa bermula 10 Mei ini sehingga 6 Jun depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peningkatan jangkitan kes COVID-19 di beberapa kawasan menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lokaliti tertentu.
Malah, larangan rentas negeri turut dikuat kuasa di seluruh negara bermula 10 Mei ini sehingga 6 Jun depan.
Berikut antara perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:
1. Beberapa kawasan di Pahang, Perak dan Pulau Pinang dikenakan PKP bermula 10 Mei sehingga 23 Mei.
2. Beberapa kawasan di dua daerah di Pahang dikenakan PKPD bermula 10 Mei sehingga 23 Mei.
3. Semua bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di kawasan PKP diarah tutup bermula 10 Mei.
4. Bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem HIDE akan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta- merta.
5. Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran PDRM di seluruh negara adalah tidak dibenarkan bermula 10 Mei sehingga 6 Jun.
#ismail sabri yaakob #Larangan rentas negeri #rentas negeri tidak dibenarkan #10 mei #6 Jun #seluruh negara #PKP #PKPD
;