Lagi gempa bumi lemah di Tuaran, Sabah

Bernama
Jun 12, 2015 10:17 MYT
Gempa bumi lemah berlaku di Tuaran, Sabah
Gempa bumi lemah berukuran 2.3 pada skala Richter berlaku kira-kira 16km tenggara Tuaran, Sabah pada pukul 8.41 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat di 6.1 darjah utara, 116.3 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasakan berhampiran Ranau.
Semalam, ia dilaporkan terdapat gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter, berlaku pada 10.57 malam di Tuaran.
Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter, yang terkuat di Malaysia setakat ini, menggegarkan Sabah pada pukul 7.15 pagi, yang mencetuskan gegaran di beberapa tempat di negeri itu serta menyebabkan batu dan bongkah menggelungsur jatuh dari Gunung Kinabalu.
Lapan belas orang - empat malim gunung dan 14 pendaki - terbunuh dalam gempa bumi itu, 10 daripada mereka dari Singapura, enam rakyat Malaysia, seorang dari Jepun dan seorang warga China.
#gempa bumi #Sabah #Tuaran
;