Lagi gajah mati ditemui di Bakapit, Lahad Datu
Bernama
Disember 9, 2019 22:02 MYT
Disember 9, 2019 22:02 MYT
Satu lagi bangkai gajah ditemui di Bakapit dekat sini, pada Isnin.
Pegawai Hidupan Liar Sabah di Lahad Datu Sylvester Saimin berkata bangkai haiwan itu ditemui pada 6.30 pagi oleh pekerja ladang.
"Pihak kami sudah ke lokasi kejadian dan siasatan sedang dijalankan. Maklumat penuh akan dikongsikan selepas laporan post mortem dikeluarkan," katanya.
Dalam tempoh empat bulan ini, beberapa ekor gajah ditemui mati di Kalabakan, Sungai Kinabatangan, Beluran dan terkini di Bakapit.
-- BERNAMA