Labuan catat kadar Rt tertinggi - Dr Noor Hisham

Bernama
Jun 15, 2021 22:09 MYT
Menurut data dikongsi Dr Noor Hisham di akaun Twitter beliau, Kelantan merekodkan Rt terendah iaitu 0.76. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara meningkat kepada 0.94 setakat Selasa, berbanding 0.92 pada Isnin, dengan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.05.
Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitter beliau, Sabah merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.04 diikuti Negeri Sembilan (1.03) dan Sarawak (1.01).
Kelantan pula merekodkan Rt terendah iaitu 0.76.
Antara negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Kuala Lumpur (0.99), Johor (0.97), Selangor (0.96), Melaka (0.89), Pulau Pinang (0.86), Putrajaya dan Kedah (0.85), Perak (0.84), Pahang (0.82) dan Terengganu (0.80).
Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
-- BERNAMA
#kadar kebolehjangkitan #Rt #Noor Hisham Abdullah #Labuan #Sabah #kes positif #COVID-19 #Kelantan #R-Naught