KWSP mohon maaf kepada keluarga, pesakit diusung dengan ambulans
Astro Awani
Disember 22, 2019 20:37 MYT
Disember 22, 2019 20:37 MYT
Setelah menerima kritikan ramai, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memohon maaf kepada keluarga seorang pencarum KWSP berhubung pengalaman perkhidmatan kurang menyenangkan yang dialami mereka.
Pengalaman 'kurang menyenangkan' yang dimaksudkan KWSP itu merujuk kepada insiden seorang pencarum yang dibawa ke pejabat KWSP di Johor Bahru mengunakan ambulans lalu diusung ke pejabat KWSP untuk menyelesaikan urusannya.
“KWSP ambil maklum mengenai berita yang sedang tular berkaitan pengalaman perkhidmatan dari salah seorang ahli KWSP di Johor Bahru. KWSP amat kesal dan mohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami ahli tersebut dan keluarganya," kata KWSP dalam satu kenyataan.
Insiden berkenaan dilaporkan oleh pemegang akaun akaun Facebook Nur Sheila Abdullah yang berkongsi pengalaman kakaknya, 56 tahun, tang hilang upaya dan terlantar di atas katil, tetapi harus hadir ke pejabat KWSP untuk mengeluarkan simpanan carumannya, yang berbaki kurang RM10,000 dalam akaun pertama untuk tujuan rawatan.
Menerusi perkongsian itu Nur Shiela memaklumkan bahawa pegawai KWSP, kakaknya tetap perlu hadir sendiri ke pejabat KWSP untuk urusan pengeluaran simpanan walaupun menggunakan pengusung.
KWSP pula berjanji akan belajar daripada pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan prihatin kepada ahli.
#EPF
#Facebook
#hilang
#keluarga
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#Nur Sheila Abdullah
#pengeluaran KWSP
#penghidap kanser