KWSP lanjut tarikh bayaran caruman wajib KWSP untuk gaji Mac

Afiezy Azaman
April 13, 2020 10:23 MYT
KWSP melanjutkan tarikh bayaran caruman pekerja bagi bulan Mac. Gambar hiasan/ Bernama.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melanjutkan tarikh untuk majikan membuat bayaran caruman wajib bagi gaji bulan Mac pekerja mereka, iaitu caruman pada April 2020.
Dalam kenyataan pada Isnin, KWSP berkata tarikh lanjutan tersebut adalah dari 15 April sehingga 24 April ini.
“Majikan boleh membuat bayaran caruman tersebut melalui laman sesawang KWSP iaitu E-Caruman dalam portal I-Akaun (Majikan), perbankan internet atau di kaunter bank yang dilantik,” jelas kenyataan itu.
Sebelum ini kerajaan memberi kelonggaran kepada pelbagai pihak dalam semua sektor melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Bantuan Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menghadapi COVID-19.
Malaysia kini sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua dan akan memasuki fasa ketiga pada Selasa sehingga 28 April.
#bank #bayaran #caruman wajib #COVID-19 #E-Caruman #i-Akaun #Internet #Kumpulan Wang Simpanan Pekerja #KWSP #MAC #tarikh
;