Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berjaya melaksanakan sejumlah inisiatif sepanjang 2019 dalam usaha bagi terus menambah nilai simpanan anggota-anggotanya dan memastikan pulangan yang stabil serta konsisten untuk jangka panjang.
Dalam suku pertama tahun lepas, KWSP telah mengumumkan pengurangan kadar statutori minimum oleh sumbangan majikan kepada pekerja yang berumur 60 ke atas kepada 4.0 peratus sebulan daripada 6.0 peratus sebulan sebelum ini sementara pekerja ini tidak lagi perlu mencarum bahagian mereka sebanyak 5.5 peratus seperti sebelumnya.
Dalam suku yang sama badan tersebut turut mengumumkan penyaluran RM117.56 bilion kepada pengurus dana luar pada 31 Disember 2018, peningkatan sebanyak 2.62 peratus berbanding tempoh sama bagi 2017, katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pada suku kedua pula, KWSP telah menandatangani Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bagi melaksanakan amalan-amalan terbaik dalam bidang pelaburan termasuk amalan-amalan alam sekitar, sosial serta tadbir urus dan dalam masa yang sama menjaga kepentingan jangka panjang ahlinya.
Semasa suku ketiga pula KWSP telah mengumumkan jumlah pendapatan pelaburan RM12.32 bilion bagi suku kedua, RM700 juta lebih rendah berbanding RM12.39 bilion pada suku sama 2018.
KWSP juga telah menlancarkan i-Invest pada suku ketiga dalam usaha untuk memperkasakan anggota dengan pilihan pelaburan, di mana anggota-anggota KWSP boleh melabur terus sebahagian daripada simpanan Akaun 1 ke dalam dana unit amanah yang ditawarkan oleh institusi pengurusan dana yang diluluskan KWSP.
Di dalam suku keempat, beberapa inisiatif melibatkan KWSP telah diumumkan semasa Belanjawan 2020, yang mana, anggota boleh membuat pengeluaran untuk membiayai pendidikan mereka daripada peringkat sijil ke atas.
Belanjawan 2020 juga turut mengumumkan bahawa anggota-anggota KWSP dibenarkan membuat pengeluaran daripada Akaun KWSP 2 mereka untuk membiayai rawatan subkesuburan.
Pada suku yang sama KWSP juga turut menandatangani perjanjian dengan Perkhidmatan Pencen Kebangsaan Korea Selatan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan amalan terbaik dalam bidang perlindungan sosial serta menggalakkan perkongsian pengetahuan dalam pengurusan sistem pencen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 07 2020
Belanjawan 2020 juga turut mengumumkan bahawa anggota-anggota KWSP dibenarkan membuat pengeluaran daripada Akaun KWSP 2 mereka untuk membiayai rawatan subkesuburan. - Gambar fail
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
MOSTI memandang serius rungutan plebagai pihak terutamanya ibu bapa mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Belanjawan 2021 ajak rakyat Malaysia teguh dan bersatu
Memperuntukkan sejumlah RM322.5 bilion, ia sememangnya satu jumlah yang amat besar berbanding belanjawan negara sebelum ini.
CUEPACS gesa kerajaan segerakan penebusan ganti cuti rehat
Penebusan awal gantian cuti rehat melibatkan penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan pelaksanaan sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Jan 2020.
PKP: Ekonomi Malaysia menguncup lebih daripada -2 peratus - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata jangkaan penurunan tersebut disebabkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.
Ambil serius pelaksanaan Belanjawan 2020 - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan pelaksanaan perbelanjaan secara lebih berhemah dan mengurangkan ketirisan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan
Sebanyak 4.8 juta permohonan dengan 3.5 juta permohonan telah diluluskan dan ia menunjukkan respons yang amat menggalakkan.
Kerajaan akan berusaha naikkan elaun guru KAFA - Mujahid
Katanya, dengan adanya kenaikan elaun itu, secara tidak langsung ia akan menaikkan semangat dan kualiti para guru dalam menjalankan tugas mendidik.
Program e-Tunai Rakyat: Data peribadi disimpan secara sulit oleh Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad adalah sebuah syarikat pelaburan dana kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan dan semua data diperolehnya adalah sama seperti yang dimiliki oleh kerajaan.
15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.
Sumbangan ekonomi digital kepada KDNK dijangka melebihi 21 peratus pada 2022 - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sedang melabur sebanyak RM21.6 bilion dari tahun 2019 hingga 2023 bertujuan merancakkan ekonomi digital negara.