KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunter di seluruh Sabah mulai Selasa, 13 Oktober, 2020 hingga dimaklumkan kelak, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri tersebut.
"Kesihatan dan keselamatan ahli serta anggota KWSP tetap menjadi keutamaan. Segala kesulitan amatlah dikesali," kata KSWP dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Isnin.
Cawangan KWSP yang terlibat dalam penutupan sementara ini ialah Beaufort, Keningau, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kudat, Lahad Datu, Sandakan ialah Tawau.
Justeru itu, semua permohonan Janji Temu Online (JTO) ke semua pejabat dan kaunter KWSP di seluruh negeri Sabah akan dibatalkan serta merta.
"Ahli yang telah membuat janji temu di semua pejabat KWSP di negeri Sabah yang dijadualkan dalam tempoh PKPB perlu membuat semula janji temu mereka setelah perintah kawalan pergerakan itu tamat," kata KWSP.
Ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan atas talian KWSP, iaitu iAkaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), ia beroperasi seperti biasa, katanya.
KWSP berkata pembayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet atau ejen bank berdaftar di kaunter.
Untuk penjelasan lebih lanjut, ahli dan orang ramai hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03- 8922 6000.
"Pada masa yang mencabar ini, KWSP komited untuk terus memberi perkhidmatan kepada ahli di cawangan atau saluran digital," kata KWSP.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 12 2020
![KWSP di Sabah ditutup sementara berikutan pelaksanaan PKPB KWSP di Sabah ditutup sementara berikutan pelaksanaan PKPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/61582349498_KWSP.jpg)
Cawangan KWSP yang terlibat dalam penutupan sementara ini ialah Beaufort, Keningau, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kudat, Lahad Datu, Sandakan ialah Tawau. - Gambar fail
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![KWSP catat 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama KWSP catat 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716096836_BangunanKumpulanWa.jpg)
KWSP catat 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama
KWSP menyaksikan sejumlah 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama 2024, menjadikan jumlah keahlian kepada 16.1 juta.
![Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704855136_KWSP.jpg)
Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama
Jumlah pendapatan boleh agih KWSP bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion.
![Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715769529_MAHB.jpg)
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
![Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707109587_KWSPLogo.jpg)
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
![KWSP terus menumpukan aset penjanaan tunai, tidak mempertimbangkan aset digital KWSP terus menumpukan aset penjanaan tunai, tidak mempertimbangkan aset digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709469004_ZulqarnainOnn.jpg)
KWSP terus menumpukan aset penjanaan tunai, tidak mempertimbangkan aset digital
Dana persaraan itu akan terus melabur dalam kelas-kelas aset berkaitan yang konsisten dengan strategi pelaburan berhematnya.
![Akaun KWSP ketiga untuk kecemasan dilaksana April 2024 - Ahmad Maslan Akaun KWSP ketiga untuk kecemasan dilaksana April 2024 - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692073617_KWSPLogo.jpg)
Akaun KWSP ketiga untuk kecemasan dilaksana April 2024 - Ahmad Maslan
Akaun ketiga ataupun akaun fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula dilaksanakan pada April 2024.
![‘Buat apa kita buka Akaun 3 KWSP?’ - Ka Siong ‘Buat apa kita buka Akaun 3 KWSP?’ - Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673282430_WEEKASIONG.jpg)
‘Buat apa kita buka Akaun 3 KWSP?’ - Ka Siong
Presiden MCA mempersoalkan cadangan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
![Belanjawan 2024: Had caruman i-Suri, i-Saraan KWSP dinaikkan Belanjawan 2024: Had caruman i-Suri, i-Saraan KWSP dinaikkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/51557204655_CARUMAN.jpg)
Belanjawan 2024: Had caruman i-Suri, i-Saraan KWSP dinaikkan
Had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan dan i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing ditingkatkan pada tahun hadapan.
![KWSP digesa tingkat pelaburan dalam negara kepada 70 peratus - PM KWSP digesa tingkat pelaburan dalam negara kepada 70 peratus - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683520232_Pelancaran.jpg)
KWSP digesa tingkat pelaburan dalam negara kepada 70 peratus - PM
Sasaran itu seiring dengan matlamatnya yang bertujuan membantu pencarumnya.
![PM rasmi ibu pejabat baharu KWSP PM rasmi ibu pejabat baharu KWSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683515943_PelancaranMenaraKWS.jpg)
PM rasmi ibu pejabat baharu KWSP
Ibu pejabat baharu KWSP di Kwasa Damansara yang siap dibina pada Jun tahun lalu menempatkan lebih 2,200 kakitangan.