KWSP buka semula cawangan Jerteh, Kuala Krai selepas banjir surut
Bernama
Disember 20, 2022 11:40 MYT
Disember 20, 2022 11:40 MYT
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuka semula cawangannya di Jerteh, Terengganu, dan Kuala Krai, Kelantan, bermula hari ini berikutan keadaan banjir di kawasan tersebut yang telah surut.
"KWSP ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.
"Walaupun situasi banjir di daerah yang terkesan menunjukkan tanda pulih, KWSP ingin menasihati ahli untuk terus berhati-hati dan berwaspada," katanya dalam satu kenyataan.
Kedua-dua cawangan berkenaan terpaksa ditutup untuk sementara waktu semalam berikutan banjir di beberapa kawasan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA