KWP pantau projek 'sakit'

Fauzi Suhaimi
Julai 5, 2020 14:32 MYT
Annuar berkata, semua pihak perlu bekerja keras bagi memastikan semua projek siap seperti yang dijadualkan. - Foto BERNAMA
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) komited untuk mengambil langkah tertentu dalam memastikan semua projek yang tergendala sebelum ini dapat dipercepatkan.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pihak perlu bekerja keras bagi memastikan semua projek siap seperti yang dijadualkan.
"Saya lawat projek di Pasar Baru Jalan Raja Bot, Kampung Bharu dan projek penyuraian trafik di Bandar TRX dan Bulatan Kampung Pandan yang kini mengalami kelewatan dari jadual .

Saya lawati projek PASAR BARU JLN RAJA BOT,KG BARU yg kini lewat dari jadual,dan juga projek penyuraian traffic di TRX CITY/BULATAN KG PANDAN... Insyaallah langkah langkah tertentu akan di ambil percepatkan projek yg terlewat..semua mesti berkerja keras pic.twitter.com/TALTyqgLsH

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) July 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"InsyaAllah langkah-langkah tertentu akan diambil bagi mempercepatkan projek yang lewat ini. Semua mesti bekerja keras," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya di sini pada Ahad.
Dalam ciapan berasingan, Annuar berkata, pemantauan rapi akan terus dilakukan agar rakyat dapat menikmati faedah daripada projek yang dijalankan.
#Annuar Musa #bot #coronavirus #COVID-19 #Kementerian Wilayah Persekutuan #Kuala Lumpur #projek lewat siap #projek sakit #rakyat #Tan Sri Annuar Musa #Twitter
;