IPOH: Kontrak Majuperak Utilities Management Sdn Bhd (MUMSB) untuk menguruskan kerja-kerja pungutan sampah di beberapa kawasan di Perak tidak akan disambung.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu diputuskan selepas pihaknya mengadakan perjumpaan dengan syarikat berkenaan baru-baru ini.
Menurut beliau, tempoh percubaan syarikat konsesi itu juga akan tamat pada November tahun ini, di samping kerajaan negeri juga tidak lagi mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
"Kita sudah bercakap dengan Majuperak Holdings Berhad, mereka akan tamat konsesi pada November ini setelah kerajaan negeri membuat keputusan tidak lagi menggunapakai Akta 672.
"(Ini) bermakna tempoh percubaan dua tahun akan tamat… jadi selepas ini pihak berkuasa tempatan (PBT) akan kembali kepada cara asal.
"Mereka sendiri yang akan menguruskan pungutan sampah dan sisa pepejal sama ada diuruskan oleh pekerja PBT berkenaan ataupun mereka akan beri kepada kontraktor lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, Saarani berkata, pihaknya akan memanggil Majuperak Holdings untuk mengarahkan syarikat itu menasihati MUMSB berhubung isu sampah tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan syarikat lain yang berminat mengambil kontrak menguruskan kutipan sampah untuk menimbangkan keputusan itu sebaik-baiknya bagi memastikan isu kutipan sampah tidak timbul.
"Banyak syarikat yang berminat untuk masuk (kontrak) dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) atau PBT lain. Tetapi ia tertakluk kepada keupayaan PBT itu membiayainya.
"Kalau PBT tak mampu bayar (kontraktor), ia menyebabkan prestasi syarikat itu rendah.
"Saya ingatkanlah PBT masing-masing lihat perkara ini secara serius, buat kajian dan syarikat berkaitan pun fikir sama ada berbaloi atau tidak untuk masuk tawarkan perkhidmatan di semua PBT," katanya lagi.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai rungutan orang ramai di sekitar Perak berhubung kegagalan pihak berkenaan mengutip sampah sehingga berminggu lamanya, Saarani berkata, isu sudah dibincangkan beliau dengan Datuk Bandar Ipoh.
"Kita sudah bincang dengan Datuk Bandar tentang isu ini, ia juga berkaitan dengan syarikat konsesi yang mengikat perjanjian dengan MBI.
"Kita minta MBI lihat semula prestasi mereka (syarikat konsesi). Orang merungut kerana mereka pembayar cukai kepada MBI dengan harapan MBI memberi perkhidmatan yang baik dalam soal ini.
"Saya pun melalui kawasan di Meru, memang nampak sampah dengan lalat dan anjing yang bongkarkan sampah itu, nampak kotor," katanya lagi.
Aida Aziz
Tue Jun 07 2022
Datuk Seri Saarani Mohamad menghadiri program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di sini, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique - Wisma Putra
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia di Mozambique dan memantau keadaan dengan teliti.
[TERKINI] Banjir diramal landa sembilan jajahan Kelantan Ahad depan
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh kerana syarat baharu Israel - Hamas
Tiada komen daripada kerajaan Israel mengenai kenyataan Hamas.
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Kutipan sampah pukal di Alor Setar ditambah
Kutipan sampah pukal di sekitar bandar raya ini akan ditambah sempena sambutan Tahun Baru Cina bermula 2 hingga 9 Feb bagi mengelak peningkatan sampah secara mendadak di musim perayaan.