Kurang sistem sokongan antara punca wanita dalam kemiskinan massa - Wan Azizah
Fareez Azman
April 24, 2021 13:40 MYT
April 24, 2021 13:40 MYT
SHAH ALAM: Kurangnya sistem sokongan terhadap wanita dalam dunia pekerjaan terutama ketika tempoh pandemik COVID-19 antara faktor segelintir golongan itu kini berada dalam kelompok kemiskinan massa.
Demikian jelas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung sumbangan wanita terhadap Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) pada tahun 2021.
"Sistem sokongan tidak mencukupi untuk wanita masuk ke pekerjaan, contoh jika pusat asuhan ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apa pilihan yang ada bagi wanita sama ada untuk mencari pendapatan atau menjaga anak-anak?.
"Ini zuriat kita (anak) mesti memilih menjaga anak-anak, (jadi) dwi-fungsi tugasan atau beban berganda pada wanita ini mencetuskan kemiskinan massa, sekaligus menurunkan peluang meningkatkan kesejahteraan wanita dalam keluarga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Persidangan Wanita Selangor Hybrid 2021 di Shah Alam pada Sabtu.
Tambahnya, untuk rekod, penyertaan wanita dalam tenaga buruh Malaysia pada kadar 55 peratus pada Februari tahun ini berbanding kaum lelaki lebih 80 peratus.
Justeru, lebih banyak peluang dan ruang perlu diberikan kepada golongan itu bagi memberi sumbangan kepada KDNK negara.
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#KDNK
#shah alam
#Parlimen
#wanita
#lelaki
#keluarga
#Malaysia
#COVID-19
#pandemik
#perintah kawalan pergerakan
#PKP