Kurang 24 jam sebelum PRK Kuala Besut

Astro Awani
Julai 23, 2013 00:04 MYT
Kurang 24 jam menjelang hari pengundian pilihan raya kecil DUN Kuala Besut esok, momentum kempen calon bertanding dilihat semakin meningkat.
Kedua-dua calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas tidak membazir sebarang masa dan menggandakan usaha untuk turun padang bertemu pengundi.
Bagi calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, usaha akan dilipat ganda bagi menziarahi seberapa ramai pengundi yang boleh sebelum tempoh kempen berakhir.
“Perasaan kita rasa sambutan yang diberikan pengundi amat mengalakkan dan memberangsangkan momentum akan dikekal dan tingkatkan lagi sempena beberapa hari sebelum mengundi saya akan menggandakan usaha mendekati pengundi dalam masa beberapa hari lagi,” kata calon itu.
Sementara calon Pas, Azlan Jusoh pula lebih menumpukan kepada pertemuan dengan golongan sasar iaitu kaum keluarga dan kenalan untuk meraih sokongan.
Strategi itu digunakan berikutan Azlan, atau dilebih dikenali sebagai Che Long, mempunyai jumlah ahli keluarga dan saudara mara yang ramai iaitu kira-kira 2000 orang di kawasan Kuala Besut sahaja.
“Che Long terus menziarahi waris saudara Che Long Che Long bertemu kawan rapat Che Long meminta untuk mengundi Che Long pada kali ini.”
Selain itu, aktiviti ceramah tetap diteruskan kedua-dua calon bagi menyampaikan mesej parti kepada pengundi.
#Azlan Jusoh #Barisan Nasional #che long #Kuala Besut #PAS #Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman