Kurang 24 jam menjelang hari pengundian pilihan raya kecil DUN Kuala Besut esok, momentum kempen calon bertanding dilihat semakin meningkat.
Kedua-dua calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas tidak membazir sebarang masa dan menggandakan usaha untuk turun padang bertemu pengundi.
Bagi calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, usaha akan dilipat ganda bagi menziarahi seberapa ramai pengundi yang boleh sebelum tempoh kempen berakhir.
“Perasaan kita rasa sambutan yang diberikan pengundi amat mengalakkan dan memberangsangkan momentum akan dikekal dan tingkatkan lagi sempena beberapa hari sebelum mengundi saya akan menggandakan usaha mendekati pengundi dalam masa beberapa hari lagi,” kata calon itu.
Sementara calon Pas, Azlan Jusoh pula lebih menumpukan kepada pertemuan dengan golongan sasar iaitu kaum keluarga dan kenalan untuk meraih sokongan.
Strategi itu digunakan berikutan Azlan, atau dilebih dikenali sebagai Che Long, mempunyai jumlah ahli keluarga dan saudara mara yang ramai iaitu kira-kira 2000 orang di kawasan Kuala Besut sahaja.
“Che Long terus menziarahi waris saudara Che Long Che Long bertemu kawan rapat Che Long meminta untuk mengundi Che Long pada kali ini.”
Selain itu, aktiviti ceramah tetap diteruskan kedua-dua calon bagi menyampaikan mesej parti kepada pengundi.
Astro Awani
Tue Jul 23 2013
![Kurang 24 jam sebelum PRK Kuala Besut Kurang 24 jam sebelum PRK Kuala Besut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61374452745_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kegagalan kerajaan BN Terengganu dorong Azlan bela nasib rakyat Kegagalan kerajaan BN Terengganu dorong Azlan bela nasib rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/41373546423_295x200.jpg)
Kegagalan kerajaan BN Terengganu dorong Azlan bela nasib rakyat
Kegagalan kerajaan negeri yang sedia ada merealisasikan harapan rakyat dalam isu kebajikan mendorong calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil N01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut