Tidak sampai 10 peratus daripada 166,000 pemilik hartanah yang membantah kenaikan cukai taksiran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hadir sesi mendengar bantahan penilaian semula cukai itu, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata walaupun DBKL telah mengambil inisiatif mengadakan sesi tersebut yang memberi ruang kepada orang ramai menyatakan pendapat mereka, namun jumlah yang hadir adalah sedikit.
"Bila kita mengadakan sesi mendengar bantahan itu dan memberi penjelasan, baru mereka faham...mereka pun lupa dalam 21 tahun harga nilai sewaan di Kuala Lumpur tidak pernah dinaikkan", katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Lorong Seni Kuala Lumpur di sini, Ahad.
Turut hadir Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Pengarah DBKL Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.
Pengumuman kenaikan cukai itu yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Jan lalu mendapat bantahan pelbagai pihak dan sehubungan itu DBKL bertindak menangguhkan kenaikan tersebut dengan memberi tempoh bantahan sehingga 31 Mac ini.
Proses penilaian semula nilai cukai taksiran itu akan dibuat oleh lapan panel yang dilantik selepas tamat sesi bantahan.
Mengenai pelancaran program Lorong Seni Kuala Lumpur atau dikenali sebagai Heart of Art @ KL itu.
Tengku Adnan berkata program anjuran kementeriannya dan Kementerian Belia dan Sukan bertujuan menggalakkan golongan muda, artis, penggiat seni berhimpun bagi mempamerkan karya seni mereka.
Ia juga bertindak sebagai aktiviti mengisi masa lapang secara berfaedah selain mengelakkan golongan muda daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral, katanya.
Bernama
Sun Mar 02 2014

AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.

Cukai taksiran turun 0.25 hingga 2 peratus ikut jenis bangunan - Datuk Bandar Ipoh
Sebahagian besar cukai taksiran dalam kawasan pentadbiran MBI telah turun sebanyak 0.25 peratus hingga dua peratus mengikut jenis bangunan.

Kenaikan cukai taksiran: MPSepang jangka kutip RM191.9 juta
MPSepang menjangkakan hasil kutipan cukai taksiran meningkat daripada RM150.9 juta kepada RM191.9 juta pada tahun depan.

Cukai taksiran Selangor naik 25 peratus mulai Januari 2025
Kerajaan Selangor bersetuju untuk menaikkan kadar cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 25 peratus berbanding kenaikan asal melebihi 100 peratus, berkuat kuasa 1 Jan tahun hadapan.

MBI setuju kurangkan lagi cukai taksiran
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersetuju untuk mengurangkan lagi kadar baharu cukai taksiran.

Cukai taksiran tidak boleh dinaikkan secara mendadak - Nga
Proses penilaian semula cukai taksiran mesti mementingkan kebajikan rakyat dengan kadar cukai berkenaan tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana langkah itu boleh membebankan rakyat.

PBT diarah senarai lima projek khidmat rakyat selaras kenaikan cukai taksiran - Exco PBT
Semua PBT di Selangor diarah untuk menyenaraikan lima projek khidmat awam yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas kenaikan cukai taksiran baharu dikuatkuasakan.

Kenakan cukai pintu kepada penduduk kampung tidak adil - ADUN
Kerajaan negeri Selangor digesa meneliti semula pengecualian cukai taksiran tidak secara automatik kepada pemilik rumah di kampung baru, kampung Melayu dan kampung nelayan.

Selangor teruskan pengecualian cukai pemilik kediaman kampung pendapatan sederhana
Bagi memastikan program itu berjalan lancar, proses berkenaan akan dimulakan dengan pengeluaran bil secara fizikal pada akhir Februari ini.

eMADANI: 'Anda tidak layak sekiranya tidak kemuka penyata cukai tahun taksiran 2022'
Kementerian Kewangan menjawab beberapa pertanyaan popular di laman sosial berkaitan masalah penebusan kredit eMADANI.

MBI tidak lagi hantar bil cukai taksiran, urusan guna aplikasi DMBI
Bermula Julai lepas, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak lagi menghantar bil cukai taksiran secara fizikal.