Kunci mangga hilang, panggil bomba
Adie Sufian Zulkefli
Januari 16, 2020 19:37 MYT
Januari 16, 2020 19:37 MYT
Pelik, tetapi inilah kejadian yang berlaku di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
Namun atas nama laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bergegas ke Mahkamah Alor Setar, di Jalan Suka Menanti untuk memotong mangga lokap yang terkunci.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.38 pagi.
Beliau berkata, setibanya di lokasi berkenaan, dimaklumkan oleh pihak polis bahawa kunci mangga lokap di kompleks mahkamah itu dipercayai hilang.
Justeru, anggota bomba terpaksa menggunakan ‘bolt cutter’ untuk memotong mangga tersebut.
Katanya, tindakan anggota bomba menggunakan peralatan tersebut berjaya membuka dua sel lokap dalam tempoh satu minit.
#BBP Alor Setar
#bolt cutter
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM Kedah
#kunci hilang
#Mahkamah Alor Setar
#mangga lokap
#sel lokap