Kumpulan pertama 287 pelajar Sarawak berlepas pulang ke Kuching
Astro Awani
Mei 1, 2020 10:45 MYT
Mei 1, 2020 10:45 MYT
Seramai 287 pelajar Sarawak yang menuntut di Semenanjung dihantar pulang ke kampung halaman bermula hari ini.
Kumpulan pertama pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.30 pagi.
Urusan penghantaran pulang itu adalah dibawa kendalian Kementerian Pengajian Tinggi, UPSI, Sarawak Volunteers dan Rumah Sarawak.
Turut hadir pada pelepasan itu ialah Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad.
Kesemua mereka akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Sementara itu, Fadillah turut menasihati para pelajar yang pulang supaya mematuhi langkah-langkah keselamatan yang diberikan.
Malah katanya, surat kebenaran yang dikeluarkan pihak universiti perlu dikongsi dengan ibu bapa bagi tujuan pemeriksaan pihak polis.
"Bukan itu sahaja, apabila tiba di KIA, pastikan ibu bapa berada di tempat letak kereta dan tidak berada di pintu terminal," katanya.
#COVID-19
#Fadillah Yusof
#KLIA
#Menteri Pengajian Tinggi
#noraini ahmad
#pelajar
#pengurusan pulang
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Rumah Sarawak
#Sarawak Volunteers
#UPSI